Social Icons

Tuesday 23 February 2016

6 Makanan Terpilih Untuk Tingkatkan Kesuburan Bagi Lelaki


Ramai pasangan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat hasil cinta yang disemai bersama. 

Walau seringkali, wanita yang selalu berusaha meningkatkan tahap kesihatan, tetapi sangat wajar kaum lelaki juga bersama-sama berusaha untuk tingkatkan tahap kesuburan mereka.

Disini saya kongsikan beberapa makanan yang boleh diamalkan oleh kaum lelaki. Semoga bermanfaat


Pisang sangat bagus diamalkan kerana dapat membantu meningkatkan bilangan sperma. Di dalam pisang juga terdapat sejenis enzim yang membantu meningkatkan pengeluaran hormon testosteron (hormon seks lelaki).

Selain itu, pisang juga kaya dengan vitamin B1, A dan C, yang membantu menghasilkan sperma yang berkualiti.


Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isipadu air mani. Ianya mengandungi L-arginin, iaitu sejanis amino asid yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sperma. 

Menurut kajian saintifik, pemakanan L-arginin sebagai makanan tambahan selama beberapa bulan secara konsisten dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma.

L-arginin juga menyebabkan pengembangan salur darah, yang meningkatkan aliran darah apda alat sulit dan membantu proses ereksi.


Buah delima adalah bersifat antioksidan, di mana ianya dapat melawan malondialdehyde (MDA), iaitu sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Bilangan MDA ini adalah tinggi di dalam badan seorang perokok.


Kacang walnut mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu meningkatkan aliran darah ke zakar. Ianya juga mengandungi L-arginin seperti yang terdapat dalam coklat.


Bayam mengandungi bilangan asid folik yang tinggi. Ini membantu meningkatkan kuantiti sperma dan menghasilkan sperma yang sihat dan aktif bergerak.


Telur dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan memperbaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah zakar.

0 comments:

Post a Comment

 

Like Page Azalea Beauty & Healthcare

Like Page Bakal Zuriatku

Like Page Awak Nampak Cantik

 
Blogger Templates