Social Icons

Thursday 8 December 2016

Waspada ! 15 Punca Mengapa Cepat Letih dan Lesu.


Rata-rata individu yang bekerja 9-5 malahan yang bekerja sendiri dan tak kira jantina selalu merungut mengenai badan kerap rasa letih, penat, lemah lesu. Adakalanya badan terasa sengal-sengal dan badan menjadi lemah serta terasa malas akibat perubahan ini.

Jadi apa punca badan mudah sangat rasa letih ni? Antara faktor yang mempengaruhi badan mudah letih dan lesu:

1. Diet yang tidak seimbang. 



Iaitu tidak mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran seperti dalam piramid makanan. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan paras glukosa berkurang dan membawa kepada rasa letih.

2. Kurang minum air kosong. 

Kita kena kurangkan minum minuman manis memang tidak bagus untuk kesihatan badan terutamanya untuk perjalanan darah dalam badan kita.

3. Kurang sel darah merah. 

Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan lah tiada rehat kan. So sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan yang sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu. 

Bagi wanita pula, kehilangan darah ketida haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.

4. Sentiasa dehidrasi. 

Badan yang sentiasa berpeluh dan banyak nutrisi hilang bersamanya. Dan ia perlu sentiasa dibantu dengan bantuan supplement dan banyakkan minum air.

5. Tekanan emosi. 
Image result for stress

Badan kita akan mudah lemah dan tak bertenaga dengan tekanan yang perlu ditanggung oleh otak dan badan kita.

6. Kurang tidur. 

Tidur yang disarankan adalah 7-8 jam sehari pada waktu malam. Jadikan tidur priority untuk mengembalikan tenaga.

7.Tidak bersarapan. 

MESTI sarapan pagi. Hanya dengan sarapan yang ringan mampu mengekalkan tenaga berterusan sehingga tengah hari dan petang.

8. Terlalu banyak kafein. 


Image result for Terlalu banyak kafein.

Kafeain boleh membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi. Tetapi apabila dosnya berlebihan, akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat da nada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan badan menjadi lemah.

9. Kurang zat besi dan vitamin B12. 

Zat besi berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke jaringan dan membawa electron untuk proses pembentukan tenaga di dalam sel.

10. Kurang hormone Tiroid

Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan agak murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.

Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.

11. Jangkitan kuman air kencing [UTI]. 


Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.

12. Kurang tenaga. 

Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

13. Sleep apnea atau dengkuran. [gangguan semasa tidur melalui pernafasan]. 

Kadang-kadang anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak bernafas. 

Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya, anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.

14. Lemah jantung. 


Image result for Lemah jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

15. Diabetis. 

Walaupun kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak. Semestinya mereka akan mengatakan ya.

Jika sudah mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami diabetes akan berkurang secara separuh.

Untuk mengatasi badan yang cepat penat, letih lesu dan tidak bertenaga ini, caranya adalah dengan mengamalkan diet dan aktiviti yang sihat setiap hari. Namun, gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan dua perkara ini dilakukan dengan konsisten pada setiap hari. 

Justeru, pengambilan suplemen adalah pilihan yang paling tepat bagi mengatasi masalah ini. Set optimum 'energy booster' sangat membantu dalan mengembalikan tenaga bagimengurangkan dan menghilangkan rasa letih dan lesu.


Bagaimana Set Energy Booster ini dapat membantu anda ?

1) Vitalea : Multivitamin daripada Shaklee ini mengandungi zat besi yang sangat diperlukan untuk pembentukkan sel darah merah. Dengan mengandungi 24 jenis mineral untuk menampung kekurangan nutrisi yang sentiasa hilang disebabkan aktiviti seharian kita termasuk cara pemakanan.


2) B-Complex : Ada 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan badan dengan baik. B-complex juga membantu untuk melancarkan perjalanan darah kita yang mana penting untuk membawa oksigen secukupnya ke otak. Oksigen yang cukup membolehkan kita dapat berfikir dengan baik dan otak dapat mengawal seluruh sistem dalam badan dengan baik.


3) Ostematrix : Gabungan terbaik kalsium, magnesium dan vitamin D. Ostematrix sangat bagus untuk sistem perkumuhan yang mana melancarkan perjalanan. Jika sistem ini tidak lancar maka toksik-toksik yang terhasil menyebabkan keseluruhan sistem badan akan terganggu. Pengambilan 4 biji sehari melegaan otot dan juga menghilangkan lenguh serta sakit badan.

4) ESP : ESP adalah sebagai sumber tenaga yang menjadikan kita sentiasa segar dan bertenaga untuk jangkamasa yang lama kerana produk dilengkapkan dengan ciri-ciri tindak balas glisemik.


Tindak balas glisemik adalah kesan makanan kepada paras gula dalam darah. Kandungan ESP Shaklee dilengkapkan dengan indeks glisemik yang rendah. Ia membolehkan gula dalam darah dipecahkan secara perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Perlepasan tenaga secara perlahan dan berperingkat inilah yang membolehkan mereka yang meminumnya bertenaga selama berjam-jam. 

Selain itu kesimbangan metabolik yang terbentuk selepas pengambilannya menjadikan mereka berasa tenang, selesa dan bertenaga dan tidak berasa lapar.

Jagalah kesihatan anda, jika anda sakit orang disekeliling turut merana.


"Love yourself in order to love others"

Salam Sayang dari Kak Tee.

Pengedar Shaklee M'sia & S'Pore
SID 1115221
019-7700957



"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."


0 comments:

Post a Comment

 

Like Page Azalea Beauty & Healthcare

Like Page Bakal Zuriatku

Like Page Awak Nampak Cantik

 
Blogger Templates