Social Icons

Friday 26 February 2016

6 Cara Agar Cepat Hamil Selepas Haid



Setelah berkahwin, kebanyakkan pasangan suami isteri ingin segera ingin mendapatkan zuriat meskipun ada segelintir sahaja dari mereka yang menundanya.

Disini, saya kongsikan 6 cara agar cepat hamil selepas haid supaya anda dan pasangan dapat bersiap sedia untuk mendapatkan zuriat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan mereka yang memerlukan.

Saya amat mengalu-alukan anda untuk menekan butang "share" supaya perkongsian ini dapat disebarkan kepada yang lain.

Cara Pertama :-

Tandakan kalendar anda semasa hari pertama haid untuk aggaran ovulasi. Setelah itu, kira jumlah hari dalam kitaran haid anda, dari hari pertama haid sehingga akhir kitaran.

Masa subur seseorang wanita adalah selepas 14 hari hari pertama haid terakhir. Hal ini jika kitaran haid anda adalah 28 hari.

Jika mahukan hasil yang terbaik, anda boleh melakukan hubungan intim dengan suami setiap 48 jam selama 4-5 hari sebelum hari ke-14 selepas hari pertama haid.

** Anda boleh download apps My Period Tracker untuk mudah anda rekod dan kira waktu period.

 

Cara Kedua :-

Perhatikan perubahan pada mukus serviks selepas akhir kitaran haid, tapi pastikan haid anda teratur.

Pada 12-16 hari selepas haid terakhir, rembesan biasanya kelihatan seperti putih telur mentah.

Pada keadaan tersebut, anda boleh melakukan hubungan intim setiap 48 jam.


Cara Ketiga :-

Anda boleh membeli termometer digital khusus untuk mengukur suhu badan normal.

Setelah kitaran haid berakhir, periksa suhu badan anda pada pagi hari sebelum beranjak dari tempat tidur.

Apabila berlaku peningkatan suhu badan normal 0.08, itulah saat terbaik untuk melakukan hubungan intim.


Cara Keempat :-

Makanlah makanan sihat dan berkhasiat yang dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem pembiakan.

Perbanyaklah mengambil sayur-sayuran hijau dan buah-buahan, kurangkan minuman bergas dan beralkohol serta tingkatkan pengambilan air.


Cara Kelima :-

Stress boleh menjadi penghalang terjadinya kehamilan. 

Apabila anda sedang mengalami stress, semua tenaga akan pergi jauh dari organ vital dan organ pembiakan.

Oleh itu, anda perlu melatih minda anda untuk tetap rilex dengan melakukan perkara yang menggembirakan serta membuat anda dan pasangan berasa selesa.

Anda dan pasangan juga hendaklah memastikan agar diri mendapat rehat yang cukup.


Cara Keenam :-

Luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Dengam bersenam dapat membuay tubuh menjadi sihat dan cergas sehingga meningkatkan proses persenyawaan.

Salam Sayang dari Saya

Pengedar Shaklee Simpang Renggam
SID 1115221
019-7700957



"Anda ingin menjana pendapatan bulanan sehingga 4-5 angka??.. Ingin membantu suami anda dari segi kewangan?? Ayuh, saya alu-alukan kedatangan anda.. Hubungi saya dengan segera.. Anda hanya perlu melakukannya secara online."

0 comments:

Post a Comment

 

Like Page Azalea Beauty & Healthcare

Like Page Bakal Zuriatku

Like Page Awak Nampak Cantik

 
Blogger Templates