Social Icons

Tuesday 23 February 2016

13 Tips Persediaan Sebelum Melancong


✈️ RANCANG PERBELANJAAN 

Rancang perbelanjaan sebaiknya. Sediakan duit untuk hotel, makan, petrol, shopping, dan sebagainya. Jangan melancong tanpa wang kerana ia akan menyusahkan diri sendiri dan mungkin juga orang lain.

✈️ PAKAIAN DAN KEPERLUAN

Ia mudahkan anda dan tidak berlaku pembaziran.Sebagai contoh,anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian mandi.Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan dan sudah tentu harganya mahal.

Bawa pakaian yang perlu sahaja. Jika perlu kurangkan pakaian, maka kurangkan. Ini bagi memudahkan untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda ‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak. Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita

✈️ PASPORT

Pastikan passport anda masih sah. Sah dengan erti kata tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. Sila berhati-hati.

✈️ TEMPAH TIKET PENERBANGAN

Disarankan untuk memempah tiket penerbangan seawal 6 atau 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Lagi untung beli ketika promosi. Untuk dapatkan promosi kita kenalah sentiasa ‘update’ dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan.

Pastikan ada membuat ‘Web Check In’ 2 hari sebelum melancong. Ini bagi memudahkan urusan anda ketika untuk urusan ‘Check In’ nanti. 

'Boarding Pass’ hendaklah disimpan dengan baik. Sebaiknya simpan juga salinan tiket penerbangan. Ini sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara-perkara tidak di ingini.

✈️ PETA

Penting lebih2 lagi jika anda baru pertama kali ke tempat tersebut. Jangan melancong tanpa peta. Peta akan membantu anda dalam banyak perkara.Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta,nombor telefon dan alamat destinasi dan lain-lain.

✈️ INITERY PERJALANAN

Adalah lebih baik sekiranya kita buat ‘survey’ dahulu melalui internet. Anda boleh menyusun sendiri itinerari program anda. Contohnya dengan menempah hotel sendiri, pengangkutan menggunakan pengangkutan awam dan makanan dibawa siap. 

Akan tetapi berhati-hati kerana dikhuatiri anda ditipu oleh orang yang tidak dikenali. Rujuk kawan-kawan yang telah samapi ke tempat yang ingin kita pergi. Ini memudahkan kita untuk menyusun perjalanan percutian kita dengan baik.

Jalan penyelesaian. Anda boleh dapatkan pakej ‘Groud Handling’ daripada agensi pelancongan yang sah. Dengan itu, tugasan anda mudah tanpa perlu menempah segala bagai. 

Anda hanya perlu mengikuti perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi pelancongan.

✈️ KENDERAAN

Jika gunakan kenderaan yang dipandu(kenderaan sendiri) pastikan dalam keadaan baik dan selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa enjin,tayar dan lain-lain.

✈️ PENGURUP WANG

Anda boleh ‘survey’ mana-mana ‘money changer’ yang boleh menawarkan harga yang terbaik untuk pertukaran duit. Kebiasaanya di area Bukit Bintang. Anda kena kenal pasti dahulu matawang apa yang digunakan di negara yang ingin anda pergi. 

Anda juga boleh menukar duit di ‘money changer’ di ‘airport’ atau di negara yang kita lawati akan tetapi kadar pertukarannya rendah. Kita rugi di situ.

✈️ BAHASA

Bahasa adalah penting. Jika ingin melancong dalam dan luar negara, belajarlah sedikit asas bahasa dan dialek penduduk disitu. Amat membantu jika anda dalam kesusahan, untuk berinteraksi dgn penduduk serta untuk tawar menawar dalam urusan pembelian souvenir.

✈️ DUIT 'EMERGENCY'

Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Ini memastikan anda tidak panik ketika menghadapi situasi ini. 

Anda boleh tenang menggunakan duit ‘emergency’ tersebut. Kita tidak tahu apa akan berlaku akan tetapi sebaiknya sediakan duit tersebut

✈️AKSESORI WAJIB

Sebagai seorang pelancong, pastinya ada barang-barang yang merupakan 'senjata' untuk anda bawa bersama. Seperti,

󾮜🏻 Makanan segera, biskut dan roti
󾮜🏻 Losyen
󾮜🏻 Vitamin Shaklee
󾮜🏻 Botol Air
󾮜🏻 Selimut & Bantal
󾮜🏻 Cermin mata
󾮜🏻 ‘International Plug Adaptor’
󾮜🏻 Kompas & sejadah
󾮜🏻 Sweater
󾮜🏻 Beli peta

✈️ DATANG AWAL KE AIRPORT

Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana.

✈️ KESELAMATAN BARANG

Barang-barang yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita. Jangan leka kerana ada sahaja orang yang ingin mengambil kesempatan. sekiranya passport kita ada di dalam beg kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak. 

Jadi berhati-hati. Jangan kerana kelapaan kita membuatkan percutian kita hancur begitu sahaja.

SELAMAT BERCUTI

0 comments:

Post a Comment

 

Like Page Azalea Beauty & Healthcare

Like Page Bakal Zuriatku

Like Page Awak Nampak Cantik

 
Blogger Templates